PPSMI KEMUNGKINAN BAHASA PENJAJAH DALAM DIAM!

Sekali lagi saya terpanggil untuk mengatakan PPSMI walaupun gelombang kemarahan masyarakat bertukar demontrasi lalu. Pihak parti politik JUG turut kusut sehingga mengambil kesempatan meletakkan agenda mereka. Baru-baru ini ulama seluruh negara mengusulkan bantah untuk memansuhkan PPSMI. Tetapi pihak berwajip hanya mengambil pandangan masyarakat bandar yang hampir 60% penyokong. Bagaimana pula pendapat masyarakat luar bandar? Sekolah dan pelajar luar bandar?

GAPENA telah menentang kerana GAPENA tokoh yang paling ampuh malah orang yang cerdik pandai, juga tidak dipandang oleh pihak yang bertanggungjawab. Kelompok penulis merajuk tetapi menyepi kerana hilang suara dan kuasa untuk membetulkan keadaan. Dalam suasana ini, telinga dipekakan. Suara memang berkumandang tetapi rintihan tidak didengari. Apakah kedudukkan bahasa kebangsaan yang agung pada suatu ketika dulu?

Setelah beberapa tahun PPSMI menjajah bahasa kebangsaan, banyak kesan timbul:
1) MASALAH PENGURUSAN (KEMENTERIAN PELAJAR)
a. masalah pelajar bandar dan luar bandar.
Pelajar di bandar lebih perhatian. Kerana terlalu lebih perhatian, dapat dilihat perubahan mendadak. Terlalu hilang sifat sopan santun dalam berbahasa di depan orang tua. Perkara ini dapat saya perhatikan apabila saya pulang ketika pesta Gawai Dayak 2009 baru-baru ini. Anak-anak kecil dengan ibu bapa berbual dalam bahasa inggeris. Dengan datuk dan nenek juga berbahasa inggeris. Maksudnya, Iban dengan iban berbahasa inggeris. Melayu dengan melayu juga. Kelabit dengan kelabit juga. Ini berlaku di rumah sendiri. Di mana letaknya bahasa sendiri. Malah budaya dan amalan bangsa sendiri sudah hilang.
Pelajar luar bandar memang ketinggalan langsung. Apa yang diwal-walkan kerajaan selama ini tidak cukup baik untuk membantu mereka. Kalaulah bhs inggeris diwajibkan, apa nasib pelajar luar bandar? iNI satu aniaya yang tidak baik dalam menyamaratakan manusia dalam satu negara. Hantarlah guru yang berkuatliti ke sekolah luar bandar. Sedangkan guru yang mengajar di bandar juga sangat bermasalah.
b. MASALAH GURU AMAT TERHAD
Saya meninjau pekara ini sudah sekian lama. Bukan sahaja tenaga guru terhad, guru berkenaan juga tidak cukup ampuh pengalaman. malah tidak boleh berbahasa inggeris. Ada pendapat beberapa orang guru yang mengatakan satu konspirasi besar terjadi. Dikatakan ramai guru yang memperoleh keputusan dlm bahasa inggeris tidak ditawarkan mengajar dalam matapelajaran berkenaan. Tetapi furu yang memperolehi gred 6, 7 & 8 ditawarkan. Apa jadahnya! Kementerian pelajaran boleh semak kata-kata saya. Ini kata-kata beberapa orang guru sendiri. Di sini, pelajar yang menjadi korban. Malah guru yang menerima faedah besar itu cuma bersorak tetapi hasil tidak memuaskan.
c. TIDAK SEMUA SEKOLAH BOLEH MENERIMA PPSMI
Tidak semua sekolah boleh menerima PPSMI. Beberapa buah sekolah dibandar juga kekurangan guru. Apa lagi sekolah di luar bandar yang dikelilingi rimba, yang memiliki pemikiran dan ilmu terhad. PPSMI hanya benar-benar menakutkan mereka kerana telah merubah budaya berkomunikasi. Adalah elok, subjek berkenaan dialih kepada bahasa etnik sukuan daripada bahasa inggeris.Dulu belum ujud PPSMI, ramai juga masyarakat kita berjaya. Berapa ribu menteri yang telah menjadi tokoh. Ahli perniagaan hebat kita hasilkan.

2. MASALAH NEGARA DAN MASYARAKAT
a. Bahasa kebangsaan dijajah seluas-luasnya.
Kini, iya telah dibicarakan jutaan masyarakat tentang nasib bahasa kebangsaan yang tercinta. Dari kita mengangkat bahasa inggeris, adalah lebih baik kita mengangkat bahasa Iban, kayan/kenyah, bisaya, dusun, kedazan dll. Adalah lebih baik adanya subjek inggeris kedua dan bukannya sain dan matematik.
b. TIADA PILIHAN: HAK PELAJAR DAN MASYARAKAT DIRAMPAS
Masyarakat tidak ada ruang untuk memilih bahasa. Kita sedar memang masyarakat memilih bahasa kebangsaan. bAHASA Malaysia memang bahasa jiwa bangsa tetapi hak bahasa dalam negara ini sudah kian kecil lingkupnya. Satu tindakan yang terburu-buru dan tidak bersedia. Pelajar telah menerima kejutan besar sehingga ramai yang gagal dlm subjek berkenaan.
c. UNDANG-UNDANG (KERANDA 152) DICEROBOH
Tidak dinafikan Tun Razak akan kecewa jika dia masih bernafas. Dia akan berasa sedih jika keranda ini diusung ke parlimen sekalipun kerana ia tidak boleh dikembalikan. Pencerobohan PPSMI ini mendedahkan masyarakat seakan tidak maju dengan bahasa sendiri sedangkan ia di sebaliknya. Tanpa PPSMI juga masyarakat boleh berbahasa inggeris. Tanpa PPSMI juga negara memang maju. Lihat sahaja negara Jepun, Cina dan Indonesia! Tanpa bahasa inggeris pun mereka lebih maju dari negara kita. Mereka juga pakar teknologi jika itu masalah kita.
d. BAHASA INGGERIS MENJADI BUDAYA MASYARKAT LIAR
Setelah penggunaan bahasa inggeris yang meluas. Budaya berbahasa kita kian lebur. Bahasa kita kian berbahasa rojak. Bukan sahaja bahasa Melayu tetapi bahasa etnik juga tergadai meluas. Anak-anak kecil mengalami satu perubahan ketara sehingga datuk nenek mereka tidak memahami isi hati keturunan mereka. Ini satu jurang yang besar. Dan jurang ini menimbulkan satu perasaan yang kurang ajar, juga seakan kehidupan kebaratan!

Para pembaca budiman, blog ini bukan untuk ditulis sesuka hati tetapi setelah betul-betul saya kaji dan selidik apa yang telah berlaku di rumah panjang. Malah saya meninjau di beberapa buah sekolah. Termasuk mengamati perasaan masyarakat yang menerima PPSMI ini. Semoga juga blog ini menjadi satu perantaan sekadar bahan bacaan dan bukan untuk mengubah apa-apa keadaan dalam negara tercinta ini.

Saya sebagai menusia pencinta bangsa, pencinta bahasa keramat ini, tetap memelihara adat dan amalan. Memelihara bahasa kita. Memelihara masyarakat agar menjadi masyarakar satu Malaysia yang menyintai bahasa kebangsaan. Semoga bahasa kebangsaan masih relevan dan menjadi bahasa perbualan kita!

No comments: