SBT DI SARAWAK - SALAH SIAPA

Baru-baru ini luah tercatur di mulut masyarakat dan warga guru. Malah Persatuan Guru yang diterajui Ghani Bina turut meluahkan rasa tidak puas hati. Lantas beliau menuding jari ke arah Kementerian Pelajaran. Bukan itu sahaja, beliau turut menyalahkan guru-guru yang berkalibar tidak mahu mengajar di Ulu Negeri Sarawak dan Sabah. Malah melenting tentang kenapa sekolah di Sarawak dan Sabah tidak dimasukkan ke 20 sekolah terbaik.

Saya sebagai seorang penulis dan warga Sarawak yang mewakili generasi pelajar turut terpanggil. Isu ini jelas boleh dinilai yang sekolah di Negeri Sarawak tidak layak untuk menjadi terbaik. Ini disebabkan oleh keputusan peperiksaan yang diperolehi jika tidak memberangsangkan. Saya turut turun padang ke sekolah-sekolah dan melihat sendiri kekurangan kita. Persatuan Guru mempertahankan isu PPSMI. Persatuan Guru juga mempertahankan yang guru di Sarawak cukup berkalibar untuk mengatasi kekurangan dalam pembelajaran.

Saya kata tidak. Kami warga penulis kata ini manis di mulut sahaja sedangkan sekolah di luar bandar kekurangan segalanya. Ada sekolah yang tidak diberi pembangunan seperti jalan raya. Air juga susah untuk diperolehi. Satu masalah yang cukup ketara dialami generasi pelajar sekolah ialah apabila dibebani sistem pembelajar kita yang asyik berubah. PPSMI telah membebankan dan menjadi sempadan pelajar luar bandar dan bandar. Saya turut mengimbau saat selepas merdeka, kita guna sistem bahasa kebangsaan tetapi kita boleh maju juga. Negara seperti Cina, Korea, Jepun dan France juga menggunakan bahasa kebangsaan mereka sendiri tetapi tidak ketinggalan.

Kenapa harus sering bertukar sistem pembelajaran sehingga membebankan pelajar. Apabila sekolah di Sarawak tidak diiktiraf, usah merasa tidak puas hati. Mungkin tahun akan datang saat itu akan kembali. Persatuan Guru perlu lebih berusaha untuk memartabatkan sistem perguruan. Lihat warga sendiri sebelum melihat ke arah lain. Tinjau ke hulu dengan diri sendiri masuk ke kelas di pedalaman. Atau berkongsi melihat ketika guru berkenaan mengajar.

No comments: