FASILITATOR CETEK SASTERA PEMUSNAH PPSB DI SARAWAK DAN AMAT DITUNTUT AKTIVITIS SASTERA DI KHALAYAK PENULIS

Cerita sepuluh orang rakan amat mengejutkan saya di pertengahan Februari 2010 ini yang mengatakan PPSB bukan macam dulu. Dulu, rata-ratanya fasilitator datang dari khalayak penulis. Oleh kerana itulah program PPSB benar-benar ceria di mata. Namun, pada hari ini, fasilitator baru kebanyakannya dipungut hanya sekadar tahu nama sastera. Fasi yang baru terlalu ego tetapi cukup cetik ilmu tentang sastera.

Salah siapa? Itulah pertanyaan aku yang amat sayangkan generasi muda agar lebih mengenali sastera melalui orang seperti aku sebagai aktivis bahasa dan sastera. Kawanku bercerita lagi. Nampaknya fasilitor dari Miri ingin dikorbankan, maksudnya disingkirkan terus dalam program PPSB.

Kenapa? Aku masih bertanya. Markah fasilitator dari Miri direndahkan. Maka, aku sebagai orang kuat sastera berfikir sejenak mengenangkan saudara Poul Nanggang yang amat dikenali tetapi dimarkahkan rendah. Sedangkan saudara Poul Nanggang fasilitator yang serius dan berani. Cukup hebat di mata wira dan wirawati. Cukup hebat sebagai ketua fasilitor dan model buat semua fasilitator.

Saya berfikir lagi, apakah kaedah yang sdr Afendi Jahari gunapakai bagi memarkah keputusan terhadap semua fasilitator dari Miri. Apakah beliau masih bersikap kedaerahan? Kenapa saya membuat andaian sebegini? Saya diberitahu yang semua fasilitator dari Bintulu mendapat markah A. Fasilitator dari Miri mendapat C-E. Apa jadahnya? Maka, di sini pegawai program PPSB harus melihat kembali dasar penilaian fasilitaor dan pegawai PROJEK sendiri harus turun padang untuk menilai fasilitator.

“Saya dan yang lain mahu berhenti!” Itu yang rakan-rakan saya katakan. Saya membantah keras kerana sebagai seorang penulis yang sudah melahirkan karya dan buku, pengalaman sastera harus dicahayakan kepada generasi muda. Beliau memang kecewa apabila teringatkan nasib para fasilitator lain. Dikatakan kumpulannya menang tetapi markah yang dia perolehi dari ketua PPSB Sarawak terendah. Markah yang Afendi Jahari beri terlalu rendah kepada aktivis yang lebih mengetahui dunia teater dan sastera.

Malah beliau turut mengatakan pemerhati yang dihantar ke kem Miri manusia yang amat cetek sastera. Fasilitator baru yang dihantar ke kem Miri juga muda dan tidak tahu apa-apa tentang sastera kalau ditanya tetapi ego mereka tinggi. Rasa megah mereka lebih dari seorang penulis yang mengetahui sastera. Lalu saya menyoal “Kenapa Affendi sendiri tidak memantau?” Dia kata, entah.

Dia terus bercerita tentang bengkel dan pemantapan yang dibuat di Sibu tidak pernah diwar-warkan. Langsung tidak diberitahu dengan jemputan rasmi. Kemudian, para fasilitator dipersalahkan oleh kerana tidak datang. Maka saya mengatakan, “lebih baik berhenti kalau orang merendah-rendahkan kita. Dalam dunia ini, yang tidak pandai mengatakan diri paling pandai. Biarlah pengurus projek melihat sinar benar. Bukan kita tidak kerja dalam projek mereka, kita juga tetap makan dengan kerja kita. Kita hanya membantu memandangkan kita yang paling layak mengajar anak-anak bangsa kita.

“Terima kasih Jaya,” katanya lalu meminta diri kerana di sebelah malam nanti mereka akan ke kem sungai Rait. Saya juga amat kesal dengan pihak yang suka menjahanamkan orang lain tanpa menilai asas baik yang mereka telah lakukan selama ini. Kalau mahu membuat perkara jadah, harus berterus-terang menjadahkan mereka. Hantar surat pemberhentian agar tidak menyusahkan para fasilitator yang berharap melakukan tugas sebaik mungkin. Ingat! Saya tidak mahu mereka-reka cerita ini. Ada eloknya Pegawai Projek menyoal kembali para barisan fasilitator yang ditinggalkan dari arus pemantapan dan bengkel. Kalau mahu sama rata, baik buat bengkel di miri dan bersualah dengan para fasilitator sendiri. Tanya masalah Fasi dan jangan berat sebelah. Paling merumitkan lagi, ada tuntut masih belum dijelaskan oleh PPSB hingga ke hari ini. Yang terbeban ialah para fasilitator. Sekali lagi saya menyoal "DI MANA KONSEP SATU MALAYSIA YANG PM GARISKAN?" Jangan melihat bangsa kerdil boleh ditindas sedangkan kita bangsa yang berpijak di satu bumi. Jangan menjadikan Laut Cina Selatan itu terus memisahkan keadaan. Jangan menjadikan sikap kita kedaerahan. Jangan menjadikan kebaikan sebagai komunikasi buruk dalam pergaulan. Berfikir menjadi manusia terbaik. Sedarlah sebelum mati!!

6 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)

JAYA RAMBA said...

ya ke. sudah pastinya saya akan ke blog saudara nanti. terima kasih kerana saudara kunjung juga ke blog saya walaupun dari jauh..

zulazris said...

Berapa markah Poul Nanggang? Siapa fasilitator Miri dapat markah C-E? Siapa pulak fasilitator Bintulu yg dapat A?

Ismail said...

Saudara Jaya, kenyataan sdr. menyatakan "fasilitator baru KEBANYAKANNYA DIPUNGUT hanya sekadar tahu nama sastera" merupakan satu penghinaan terhadap fasilitator baru. Apakah metoda penilaian yang saudara aplikasikan hingga begitu BERANI melabelkan fasilitator baru dengan label DIPUNGUT? Sdr. sendiri tidak pernah mengenali/bersua muka dengan mereka. Bagaimana sdr. boleh menilai(bersangka buruk) terhadap orang yang tidak dikenali, bukannya seorang, malahan puluhan orang!!! Amat prejudis.
Kenyataan sdr. juga menunjukkan yang saudara memandang rendah kewibawaan panel penilai/penemuduga yang telah memilih fasilitator-fasilitator baru tersebut. Mereka merupakan tokoh sastera dan budaya tanah air.
Adakah saudara kenal mereka? Kalau saudara tahu siapa mereka, saudara pasti "TERMALU" dengan kelancangan & keceluparan kenyataan saudara. Lain kali jangan sebarang tulis. Tulis ikut fakta dan bukannya emosi.

zulazris said...

komen menarik oleh Ismail. Teringat saya kenyataan jaya dalam artikel Laman seswang bahasa iban-penulis dan undang-undang fitnah " seseorang harus berhati-hati sebelum menulis atau mengucapkan sesuatu terutama yang menyentuh hal ehwal peribadi seseorang"

soalan saya tentang markah fasilitator belum terjawab oleh jaya.adakah jaya cuma mereka-reka cerita saja? kalau ya, ini amat bertentangan dengan tulisan jaya seperti yang dipetik di atas. Cakap tak serupa bikin.bye

JAYA RAMBA said...

Ismail. lain padang lain belalang. Kalau rusa masuk kampung, entah macam mana ye? Ya periksa dulu. Bezanya di semenanjung dan Sarawak. Di Semenanjung, kebanyakan fc memang dari warga penulis.. memang warga yang benar-benar tahu sastera malah ada yg memiliki phd sekali pun. Di Sarawak? Saya rasa awak datang ke Sarawak untuk melihat wajah mereka. Awak kenalilah lebih dekat mereka? Awak pernah hitungkah berapa orang penulis Sarawak? Berapa orang penulis Sarawak yg terlibat dengan PPSB? ADAKAH TIDAK PEGAWAI DBP Sarawak yang terlibat? Awak suruh pegawai DBP masuk PPSB, apakah mereka mahu? Pernah awak (ISMAIL) berdepan dengan fasilitator di Sarawak? Datanglah...