PPSP - ISMAIL DAN ZULAZRIS

Salam sastera salam SatuMsia. Saya cuba mengamati penjelasan yang sdr. berdua respon. Mungkin awak berdua juga belum tahu pangkalnya. Saya mengetahui perkara ini apabila diberitahu oleh FC-FC lama. Saya memang tidak mengetahui dan langsung tidak mahu mengetahui situasai PPSB dan tentang fasilitator baru itu. Namun amat wajar juga saya bersuara. Satu penjelasan yang wajar: FC-FC Sarawak cukup berbeza dengan FC di semenanjung. Jika di semenanjung yang menjadi FC adalah warga penulis dan peminat sastera, tetapi di sarawak berlainan. Boleh dikira dengan tangan para penulis Sarawak. Berapa orang penulis Sarawak yang terlibat dengan PPSB? Berapa orang pegawai DBP Sarawak yang masuk PPSB? Sdr. Awak kena kenali FC di Sarawak dulu. Bekas deklamasi puisi mungkin seorang dua yang terlibat. Kalau di semenanjung, fc ada yang memiliki master dan phd sekali pun. Saya hanya maksudkan fc dari Sarawak. Baca betul-betul rencana saya itu. Kita harus "MEMAHAMI SEBELUM RESPON".

Ismail yang budiman. Mahu saya katakan ke? Satu masalah sahaja saya mahu katakan. (itupun di kem miri. kem miri dan bukan kem lain)kesalahan yang pertama apabila fc baru minta kutipan wang dari wira dan wirawati untuk membeli alat-alat yang digunakan dalam lakonan. Apakah ini betul? sila rujuk kepada fc baru yang mengajar di miri. Betulkan saya?

Tentang markah fc-fc itu. saya tidak melihat fail sdr Affendi Jahari untuk saya melihat markah para fc berkenaan. Oleh kerana itu saya berani mengatakan dan tidak meletakkan markah fc di dalam penjelasan saya. Tetapi saya percaya fasilitator dari miri telah membuka fail rahsia itu. Mereka sudah mengetahui markah masing-masing dan membezakan markah mereka dengan fc lain. Maka markah fasilitator dari miri pun mereka ketahui. Sepatutnya semua FC harus tahu. Mengapa mereka harus tahu? ini untuk mengatasi kelemahan mereka selama ini. Sepatut fasilitator harus tahu berapa markah yang mereka perolehi di setiap kem.

Sekali lagi saya nyatakan, sdr Ismail tanyalah fasilitator itu tahu maksud sastera? Berapa buah karya sastera mereka telah baca selama ini. Siapa penulis Malaysia? Siapa sasterawan negara dan suruh mereka susun sasterawan negara? Itu saja! Jangan menegakkan benang basah kerana ia tidak akan boleh didirikan. Memperbaiki keadaan adalah terbaik daripada menegakkan sesuatu yang tetap salah.

Saya telah melihat skrin TV tentang aktiviti sastera yang dilakukan oleh warga kem baru-baru ini, adalah lebih baik dengan apa yang lakukan oleh skuad ppsb. Harap Ismail memantaulah ppsb di setiap kem. Awak sendiri boleh menilainya. Datang ke kem seluruh sarawak dan nilai agar jadi lebih baik dan sampai ke konsep yang dimahukan. Salam Satu Msia.

Kalau boleh jumpa dan bersuara dengan FC itu dan lihat cara pembelajarannya. Lihat bagaimana interaksi fc-fc dengan pelajar. Maka saya rasa sdr Ismail akan faham. Atau datang ke kem miri, bertemu saya dan kita boleh melihat cara mereka mengajar.

Sebagai bukti, ini cerita rakan fasilitator, Bohong rakan-rakan fc itu, maka bohonglah tulisan saya ini.

7 comments:

zulazris said...

Trimas atas respon. Berani kerana benar... Tapi Jaya berani kerana samar. Bercakap biarlah betul, jangan berbelit, jangan samar-samar.Jaya masih gagal beritahu markah fasilitator2 dari Miri. Takkan susah sangat kot! Kalau masih gagal, ini bermakna Jaya masih bermain ilusi. Kalau Jaya tidak melihatpun markah mereka kenapa begitu berani mengatakan markah mereka C-E? Kalau benar mereka tahu markah tersebut, tanyalah mereka dan buktikan. Ini untuk membuktikan sama ada Jaya berbohong atau Jaya yang kena bohong. Takkan kawan bohong kawan kot!

JAYA RAMBA said...

Siapalah Awak Zul? berapa buah cerpen n berapa buah novel awak sudah hasilkan? apakah awak kenyang dengan duit ppsb itu? Awak pernah buka fail sdr Afendikah? Apa jaminan awak? Awak sudah berapa tahun mengajar PPSB? yANG awak pertahankan sangat itu apa? Apa gagasan awak dalam ppsb itu? Baiklah, awak boleh tanya semua fc miri? Saya bermain ilusi? sAYA Lakukan tugas saya nyata dan benar? Saya sudah ada banyak karya yang saya banggakan? mAKA saya juga salah seorang yg terawal mengajar PPSB? aWAK INGAat berjutakah gaji PPSB? Saya tahu sejarah PPSB. Apa kepentingan awak dlm PPSB itu? Apakah markah FC dari miri itu A semua kalau tida B.C,D,E? Terlalu besar juga ego awak dlm PPSB hingga PPSB ITU company awak.

zulazris said...

Jaya cuba lari dari topik asal dengan soalan2 tak relevan langsung. Please, fokus kepada persoalan asal. Kata Jaya "Saya lakukan tugas saya nyata dan benar?", tapi Jaya masih gagal buktikan kebenaran kenyataannya. Tanggungjawab utk buktikan kebenaran kenyataan adalah terletak di bahu orang yg membuat kenyataan asal iaitu Jaya sendiri. Bukannya pembaca seperti saya. Sebagai pembaca, kami ingin tahu kesahihan sesuatu kenyataan yg ditulis. Jangan hidangkan cerita2 tidak benar dan berbelit-belit.
Baca kenyataan Jaya dalam " Fasilitator cetek....." iaitu " Fasilitator dari Miri mendapat C-E". Bandingkan reply Jaya dalam tajuk "PPSP(?) - Ismail "Apakah markah FC dari Miri itu A semua kalau tida(k) B.C,D,E? Sekarang Jaya masukkan (markah)B pulak dalam senarainya. Apakah pendirian Jaya sudah goyah? Bukankah ini berbelit namanya? Lagipun Jaya sendiri telah mengaku dengan kata-kata Jaya "Sebagai bukti, ini cerita rakan fasilitator, Bohong rakan-rakan fc itu, maka bohonglah tulisan saya ini" Kenyataan ini mengakui wujudnya unsur pembohongan dalam kenyataan Jaya terdahulu. Hairan! Kenapa Jaya berani menulis perkara yang Jaya sendiri tidak pasti benar atau palsu. Di manakah letaknya etika penulisan Jaya? Di manakah letaknya kredibiliti Jaya sebagai seorang penulis? Bagaimana pulak dengan pendirian Jaya yang tidak tetap? Lu pikirlah sendiri!

JAYA RAMBA said...

Siapa awak Zul? Awak tidak faham.. saya menceritakan ini kerana saya orang terakhir dlm ppsb juga. Saya menceritakan perkara ini dalam blog selepas berbual-bual dengan fc-fc. Kenapa saya harus letak markah fc d sini. Cukuplah saya menegur. Saya menulis kerana itu hak saya sebagai orang sastera. Kalau fail itu ada dengan saya pun tidak semesti saya akan paparkan markah itu di dini. Lebih baik markah itu diberikan oleh penyelaras kepada fc-fc berkenaan. Pernahkah penyelaras memberitahu markah setiap kepada fc berkenaan. Awak datang ke blog saya seakan mengugut. Cukuplah beri kumin dan sampaikan pendapat atau sekadar nasihat... ingin juga saya bersemuka dengan awak. Atau saya masuk blog awak sekali. Apakah awak pembengkel ppsb? Awak penyelaras? Aatau awak ketua ppsb di kem tertentu yang juga turut memberi markah kepada fc-fc? Menceroboh blog orang seperti mengugut adalah hilang sopan.. Awak sajalah blog n jangan pandai memaksa? nampaknya duit ppsb sudah menampar awak sehingga keegoan awak terserlah. Kalau awak nak markah itu awak minta dari penyelaran atau dari ketua projek sejak 5-6 tahun lalu hingga ke hari ini. Datang menyerang ke blog orang untuk apa? Awak hubungilah saya melalui telepon--085-442043. saya berani berdebat dgn anda spt saya berdebat dgn mana-mana phk lain demi mutu bahasa dan sastera tanah air..

zulazris said...

mengugut menceroboh tidak terniat,
jika mengugut, yang mana ayat? jika menceroboh, mana hilang maklumat? hanya sekadar sebagai pelawat, tak perlu sibuk berdebat, jawapannya sudahpun dapat, cuba baca inilah ayat " kalau fail itu ada dengan saya pun tidak semesti saya akan paparkan markah itu di dini(sini?" Sah jaya tak ada maklumat, yang boleh menyokong debat. akhir kata dengar nasihat, sebelum mencacat, selidik maklumat, rakan sahabat jangan dilibat, andai ada kata tersilap, sepuluh jari disusun rapat, itu sopan orang beradat, mari makan pengat, sendiri mau ingat.
sebelum berundur, cuba fikirkan.
siapa hilang sopan? mereka-reka cerita, adakah sopan? menyebarkan cerita belum pasti kebenarannya adakah sopan? berdusta, adakah sopan? mengandaikan rakan sendiri berbohong, adakah sopan? sila semak 'kesopanan' bahasa yang jaya gunakan dalam tulisan jaya.

JAYA RAMBA said...

memang pun awak degil. Kalau awak fc bersama dengan rakan fc di miri, awak tanyalah mereka sendiri. Saya hanya menyampaikan kata-kata rakan yg tidak puas hati. Saya tdk akan bersuara kalau tdk benar. Awak memang sengaja menyampuk kerana awak memang pihak sdr Affendi. Awak memang bukan jenis yang mendengar dan menyelesaikan masalah kerana memang suka isu ppsb memanjang. Mungkin awak bergaji lebih besar dari fc lain dlm ppsb. Atau awak memang wakil Affendi untuk menjahanamkan fc lain. Atau awak penubuh ppsb yang fcnya bermasalah. Saya suruh awak lihat sendiri markah fc dari affendi. Kemudian awak cakap dengan fc-fc dari miri, sampaikanlah markah mereka agar mereka tahu. Saya tahu awak phk yg mewakili penyelaras itu.Awak berani juga menyampuk.

JAYA RAMBA said...

Terima kasih sdr Affendi. Saya baru dapat tahu, awaklah sebenarnya. Tolong semak balik markah-markah tu. Hantar pd FC biar mereka tahu di mana tahap mereka. Guna konsep baru, Sastera SatuMsia. Biar pelbagai kaum. Sygi FC-FC yang berkalibar dan jangan sisihkan seperti yang berlaku tahun lalu.Jangan anggap diri pandai, mungkin org lain lebih pandai..