BANCI-MASYARAKAT CINA TUTUP PINTU KERANA TIDAK BOLEH BERTUTUR BHS MELAYU

Gempar juga berita ini. Bulan Julai hingga Ogos kegiatan membanci masyarakat Malaysia dijalankan di seluruh negara. Kerja-kerja murni ini berjalan dalam banyak suasana susah dan senang. Di Sarawak sendiri penuh tragedi ngeri bila pembanci pernah kemalangan dan koma sepuluh hari. Kemudian meninggal dalam suasana sedih dan pilu.

Akhbar kita juga hebat memaparkan ramai masyarakat tutup pintu. Ini seakan tidak mengalu-alukan kedatangan para pembanci yang mahu menjalankan tugas mereka. Paling tidak disangka-sangka, ada juga masyarakat kita menutup pintu gara-gara tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan Inggeris.

Bah! Ini salah siapa agaknya? Maka, saya memikirkan tentang isu pendidikan kita yang terlalu terbuka. Kenapa tidak? Menteri kita terlalu memberi ruang kepada sekolah Cina dan sekolah India agaknya sehingga mereka tidak mahu belajar bahasa Malaysia, iaitu bahasa negara ini.

Kesan ini juga timbul di pejabat kerajaan dan swasta apabila ramai pengurus, eksekutif dan pekerja kita tidak boleh bertutur bahasa negara sendiri. Ini amat memalukan bila bangsa negara ini tidak boleh bertutur bahasa negara sendiri. Saya sebagai anak bangsa Malaysia, mengingatkan pemimpin kita agar melihat kembali sistem pendidikan negara. Lihat kembali kedudukkan bahasa Malaysia. Apa akan berlaku suatu hari nanti jika ramai masyarakat kita tidak boleh bertutur bahasa negara sendiri.

Ini kelihatan pelik. Aneh! juga memalukan.

3 comments:

Anonymous said...

betul. kerajaan perlu menilai balik sistem pendidikan di negara kita. Tidak salah bahasa major ini diseragamkan di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan.

JAYA RAMBA said...

ya. kita harus seperti negara Jepun, france, german dan Indonesia. Memang tidak masuk akal kalau bangsa sendiri tidak boleh bertutur bahasa Msia.. thank Lena

uchutedung said...

Saya tidak hairan dengan perkara ini kerena ada kaitan dengan sikap kitai. Sistem pendidikan tidak ada memberi kelonggaran syarat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jangan lupa kitai juga bebas mempelajari bahasa yang ada ditawarkan di sekolah seperti Bahasa Iban.