SEORANG FASILITATOR MEROKOK DI DEPAN WIRA DAN WIRAWATI BARU-BARU INI

Seorang jurulatih kem memberitahu saya yang seorang fasilitator merokok di bilik kelas yang disaksikan oleh pelajarnya. Fasilitator itu pula antara ketua yang disandarkan boleh menguruskan program sastera dan budaya di sebuah kem di sibu.

Dikatakan laporan ke atas perbuatan itu telah diambil oleh pihak warden kem. Ini menunjukkan bahawa ketua fasilitator berkenaan masih cetek peraturan program PPSB. Ini salah siapa? Apakah SIKAP fasilitator itu harus dijadikan contoh?

Amat memalukan, dikatakan program berkenaan tidak sebaik dulu. Tidak sehebat fasilitator yang lama dulu. Dikatakan fasilitator baru sukar memahami isi program. Mereka cetek sastera sehingga cara pembelajaran tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Entah, di mana peranan penyelaras? Di mana peranan seorang ketua sebagai pemimpin program? Di mana pula peranan ketua projek? Apakah perlu pemantauan oleh pihak aktivis sastera untuk melihat sendiri program yang dikatakan semakin lemah di PLKN itu?

TEPUK DADA TANYA SELERA!

No comments: