HIDROELEKTRIK HANTU HARI INI

Saya sempat mengikut perkembangan hidroelektrik di bakun yang banyak menimbulkan masalah daripada kesenangan. Masalah pembangunan hidro bakun sudah bertunjang kukuh setelah timbulnya masalah ekonomi. Masalah berpanjangan apabila hidro bakun dijual untuk meneruskan pembangunannya. Pada hari ini, masalah seterusnya timbul. Hari ini (Jumaat) 28.10.2010 adalah musim tengkujuh. Tiba-tiba sungai batang rajang dan kawasan bakun kering kontang.

Kemana airnya? kekeringan sungai berkenaan telah menimbul masalah besar. Bot-bot dan kenderaan air tidak ada laluan. Hubung masyarakat putus sama sekali. Ini menimbulkan kerisauan masyarakat pedalaman. Apakah punca ini diakibatkan oleh projek bakun?

Akibat masalah ini, masyarakat Baram mengalami mimpi ngeri mahu menerima kewujudan hidro Baram yang mahu dibina. Hidro Baram juga pasti lebih sukar kerana berhubungan dengan banyak kawasan. Semalam, masyarakat kami telah bermesyuarat dan telah mengambil keputusan untuk menolak hidro Baram kerana pasti akan mengamcam keselamatan keseluruhan flora dan fauna. Malah mengamcam kehidupan masyarakat yang segar gidup dengan tumbuhan semulajadi.

Dalam sudut keuntungan- Siapa yang untung sebenarnya? Masyarakat diletakkan di mana selepas itu? Isu ini yang dibicarakan oleh masyarakat kami.

Untuk tidak berterus terang-saya hentikan bicara ini setakat ini. Saya telah novelkan perkara ini lebih dalam. Saya izinkan diri untuk temubual seluruh masyarakat Baram mengenai ujudnya hidro Baram.

4 comments:

Lena.Harris said...

saya, salah seorang masyarakat Baram turut menolak pembinaan hidroelektrik di daerah tersebut.

JAYA RAMBA said...

Terima kasih Lena. Kita memang sedar bahawa hidro itu akan memberi banyak kesulitan dari sudut sosial dan ekonomi malah sudut politik sekalipun yang akan menyebabkan masyarakat berpuak-puak. 50 tahun akan datang-hidro it5u akan memusnah bumi baram seperti yang berlaku di Bakun atau d negara lain.

MCM said...

Saya bekerja hampir setiap minggu travel ke ulu baram, saya adalah pencinta alam flora dan fauna serta amat sayang akan keharmonian hidup dimana masyarakat ulu adalah suasana indah di masa saya dibesarkan dan sehingga hari ini, sedikit demi sedikit keindahan itu telah diragut oleh arus pembangunan kononnya yg hanya lebih menguntungkan syarikat pembalakan sahaja. Masyarakat ulu hanya mengecapi jalan balak yg pasti tidak akan dipulihara lagi jika kawasan itu telah menjadi sepah nanti oleh syarikat itu. Keindahah ciptaannya nun jauh disana, dikiri kanan tersergam indah gunung-ganang, lembah hijau, siulan merdu unggas dan lolongan alunan haiwan yang semuanya itu bakal akan lenyap sekiranya nanti EMPAGAN BARAM itu dimakbulkan. Dan sudah pasti tiada lagi senyuman manis sambutan dari masyarakat tempat menyambutan ketibaan kita, yg ada mungkin rungutan dan murung di wajah mengenangkan tanah ladang dan huma mereka telah musnah serta punca pendapatan telah terputus. Maka jalan raya tanah mengerutu-karu yg selama ini menghubungkan mereka dari dunia luar nanti akan juga bakal akan ditenggelami air. Puncak gunung yg menggapai dan menjolok serta mencecah awan nanti tiada lagi kerana ia akan menjadi tebing tasik buatan manusia yang melawan alam ciptaan Tuhan. Ya, sudah pastinya aktiviti ini hanya menguntungkan pihak yang berkenaan sahaja nanti, berbanding dengan masyarakat tempatan yang menanggung kerugian dari semua segi dalam tempoh masa yg panjang seakan masyarakat di Bakun. Keuntungan dijanjikan adalah masyarakat akan mendapat bekalan elektrik suatu hari nanti. Tetapi siapa setuju dan percaya pada saya, jika saya berkata, "bekalan elektrik itu nanti akan lebih membebankan masyarakat kerana bilnya mahal". Untuk balasan jika ini diwujudkan juga, kami masyarakat Baram meminta supaya masyarakat di Baram akan mendapat bekalan elektrik secara percuma dalam tempoh 100 tahun.

JAYA RAMBA said...

terima kasih MCM. Itu satu kenyataan yang harus kita terima. Entah bagaimana untuk kita menghalang rancangan berkenaan yang pasti boleh menjahanamkan kita. Kita boleh menentang dengan mengeluarkan fakta benar. Aja rakan-rakan untuk menjelaskan keadaan.