SELAMAT DATANG KOLOKIUM PELBAGAI KAUM 2008

Selaki lagi penulis pelbagai kaum akan berhimpun di Kuching. Penaja utama adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan DBP CWG Sarawak serta dijayakan oleh PEKASA yang diterajui sdr Jaafar Hamdan.

Para barisan pembentang juga telah disenaraikan. Nampaknya pembentang kali ini memang hebat dan diharap dapat memberi input yang berguna agar boleh membangunkan para penyair dan penulis tanah air yang berbilang kaum ini. Saya sarankan agar semua penulis etnik harus hadir dan dapatlah kiranya turut memberikan pandangan serta idea dalam merealisasikan khazanah kita yang kian diliputi pasir pembangunan.

Juga, ayuh kita berganding bahu dalam mengembalikan puasaka keturunan sebagai tatapan generasi akan datang. Kita tidak memerlukan satu produk yang dikuasai satu bangsa tetapi menghasilkan produk yang berbeza dari etnik yang berza.

Rakan-rakan, diharapkan kita semua bersua.

3 comments:

SAHAR MISRON said...

Salam, saya mendoakan program yang diaturkan akan mencapai kejayaan cemerlang nanti. Saya ingin menyertakan puisi untuk antologi yang dirancangkan, saya mohon kalau ada email saudara untuk saya kirimkan untuk tujuan itu jika bersesuaian kerana pada masa ini saya tiada di Labuan untuk dikumpulkan dengan rakan penulis PERWILA yang lain.

Selamat maji jaya.

Ikhlas
SAHAR MISRON
KETUA DUA PERWILA
LABUAN

xxx said...

Semoga kita bertemu di Pen View Hotel Jumaat ni, Insya-Allah.

Unknown said...

Sdr. Jaya,

Apa pendapat anda tentang kolokium penulis pelbagai kaum ini? Secara umum, apa pandangan anda tentang 'penjenamaan' penulis pelbagai kaum ini dalam konteks memperkasakan sastera kebangsaan. Perlu atau tidak?