MEMBENGKELKAN PENULIS DI LABUAN

Sekali lagi saya cuba mencipta sebuah teori dan format membengkelkan penulis di Labuan. Dengan harapannya, saya boleh melahirkan generasi penulis yang boleh mencipta karya pada suatu hari nanti. Persediaan cukup rapi dengan bahan-bahan adunan yang dibuat khas merujuk kepada keperluan.

Hendaknya saya akan membezakan bagaimana cara tunjuk ajar pembengkel veteran dan pembengkel penulis muda. Saya cuba membengkelkan sesuatu yang baru yang lebih berdaya saingan lebih minda dan pemikiran. Kekuatan karya merujuk kepada semangat penulis agar tidak cepat lemah semangat. Bonus lain, di mana saya akan memimpin pelajar saya dengan berinteraksi melalui emel dan blog. Dari itu, pembelajaran tidak akan putus.

Bengkel saya.
Temoat : Labuan.
Tarikh : 9-11 November 2009.
Penganjur : Perwila/Jabatan Pembelajaran Labuan

Terima kasih kepada Perwila dan Jabatan Pembelajaran kerana sudi menjemput saya untuk membengkelkan penulis di pulau kecil itu.

3 comments:

Norgadis Labuan said...

Bertemu kembali saudara,
Saya cuma sekadar membuat pembetulan sedikit. Bengkel penulis yg diadakan baru2 ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran (utk guru2) dan tidak ada kena mengena dengan PERWILA. Namun begitu, PERWILA memang bercadang dan ingin menjemput saudara utk memberi tunjuk ajar khas utk penulis2 Labuan, cuma masa belum ditentukan lagi.

JAYA RAMBA said...

Ya betul. Saya juga terkejut, cuma saya ingatkan Perwila yang menganjur tetapi rupa-rupanya Jbtn Pelajaran. Ingin saya nyatakan bahawa dari 50 orang guru, ada beberapa orang yang cukup bagus. Yang seakan sudah menjadi orang publisher. Saya sempat membawa beberapa buah cerpen. Saya rasa akan muncul muncul baru yang akan menggoncang dunia sastera. Saya cuba hubungi sdri tetapi no tel mungkin sudah bertukar. Saya ada berjumpa dan lepak dengan beberapa orang penulis LABUAN. THANK

Norgadis Labuan said...

Sebenarnya ramai guru-guru di Labuan yang menjadi ahli PERWILA dan dikalangan mereka ini memang pernah menghasilkan karya yang cukup baik. Urus setia bengkel tersebut juga merupakan setiausaha PERWILA. Berkenaan no. telefon, sebenarnya saya masih menggunakan nombor lama dan tak pernah menukarnya.