DIALOG TELUK PADA APRIL 2010 DI MIRI

Salam buat rakan-rakan semua. Ini satu pengumuman yang kami Persatuan Penulis Utara Sarawak akan menjadi Tuan Rumah Dialog Teluk yang melibatkan Negeri Sabah, Labuan, Limbang, Miri dan Negara Brunei Darussalam. Kami sudah merangka tarikhnya pada April 2010. Maka, dijangka 15 buah kertas kerja akan dibentang oleh pemakalah hebat tanah air. Program yang bakal ditetapkan ialah perasmian pada jumaat di sebuah hotel terbilang. Juga ada lawatan ke sebuah rumah panjang untuk melihat suasana rumah panjang moden. Dijangka pemerintah di negeri ini dijemput membuat perasmian. Para peserta bakal dilayan dengan tarian tradisional rumah panjang dan etnik Sarawak. Ucaptama masih difikirkan tokohnya. Barang siapa yang ingin menyertainya, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan penginapan dan urusan lain. Atau boleh menghubungi Ketua Satu dan Ketua Dua PUTERA. Atau saya sendiri sebagai Setiausaha Satu. Sekian.

3 comments:

Norgadis Labuan said...

Nampak macam meriah saja aktiviti yg disediakan, seronok jika dpt hadir sama...

JAYA RAMBA said...

Persediaan kami memang rapi tahun ini. Kami akan bukukan kertas kerja sebelum dibentangkan. Juga cerpen 3-4 laman akan diterbitkan untuk penulis teluk. Sila emel kepada saya..

shazura said...

Mohon agar emel saudara dipaparkan dalam entri ini agar memudahkan sesiapa saja yang berminat menghantar karya untuk diterbitkan.

Terima Kasih.