MINGGUAN PENULIS REMAJA BUKAN KONSEP SATU MALAYSIA!

Saya mengikut perkembangan Mingguan Penulis Remaja yang dianjurkan baru-baru ini. Malah ada rakan penulis yang terlibat merumuskan Mingguan Penulis Remaja di mana destinasinya. Siapa yang terlibat? Tahap umur yang menyertai? Negeri-negeri seluruh Malaysia yang dijemput?

Apakah penulis yang dijemput bakal tersohor pada suatu hari nanti? Apakah pembimbing yang dipilih cukup matang dan benar-benar boleh memberi khidmat yang cukup memuaskan hati semata-mata? Tentang para peserta pula, apakah meliputi seluruh negeri? Adakah penulis dari Sabah dan Sarawak yang dijemput (tidak termasuk penulis yang bekerja di semenanjung)?

Apakah Mingguan Penulis Remaja memang khas untuk membina penulis muda atau sekadar program yang memenuhi kalendar sastera?

Apa yang saya nampak, kegiatan untuk memajukan penulis masih lagi meminggirkan penulis dari Sabah dan Sarawak. Apabila jenama pelbagai kaum dilenyapkan, nampaknya nasib penulis pelbagai kaum dari Sabah dan Sarawak hilang pihak membela mereka. Para penulis dari kedua buah negeri terpaksa berpegang hala tuju sendiri. Baik ada kegiatan yang dirancang oleh pihak DBP CAWANGANGAN. Juga dengan adanya Persatuan Penulis, bolehlah para penulis menyertai kegiatan sastera. Apa yang dikesali, bengkel untuk mendedahkan para penulis pelbagai kaum masih sepi. Nampaknya pihak yang tidak mahukan jenama pelbagai kaum diteruskan, merasa seronok besar. Sedangkan konsep SatuMalaysia diumumkan. Apa makna sebenarnya konsep SatuMalaysia dalam kegiatan sastera yang kian masih meminggirkan penulis dari pulau borneo ini.

No comments: