BANTUAN KERAJAAN MEMBEBANKAN

Sabtu, 22 Oktober 2011, saya pertama kali pulang ke kampung Long Teru Tinjar. Saya memandu kereta sendiri jam 6 petang dan sampai ke pekan Lapok pada jam 8 malam. Suka duka pulang ke kampung. Suka kerana lama tidak pulang dan seluruh warga rumah panjang menanti. Saya merasa seperti seorang YB. dUKA nya kerana jalan sangat teruk. Jalan memang teruk kerana diperbaiki bertompok-tompok. Jam 9 malam tiba d kampung halaman. Rumah panjang sunyi sepi hanya cahaya lampu dari generator menerangi ruai-ruainya. Kedatangan disambut meriah oleh sanak saudara. Kami disajikan dengan durian. seronok juga makan durian sambil berbual panjang. Kisah sedih paling menyayat hati kerana mereka banyak bercerita tentang bantuan kerajaan. Bantuan kerajaan memang dapat tetapi masyarakat rumah panjang terpaksa mengambil sendiri bantuan seperti zink, tangki air dan prasarana yang lain. Bayangkan sebuah tangki berharga rmi50 dan tambang tangki berkenaan dari lapok ke rumah panjang ialah RM80. Saya katakan kenapa bantuan tidak dihantar ke tangga rumah panjang? Mereka tidak bersuara. Atap zink sebuah rm1 tambangnya. Ini memang tidak berbaloi. Siapa YB berkenaan? Mereka katakan YB Sylvester. Tetapi Kaunselor dan penghulu di Bakong yang menyimpan peranan tidak profesional. Mereka lebih menyusahkan rakyat dengan janji-janji tetapi tidak dilaksanakan. saya cuma tersenyum. Kerajaan?

1 comment:

jilanugan75 said...

kerajaan kata "rakyat didahulukan".Tetapi nampaknya rakyat masih belum menikmati bantuan kerajaan..