MAHU KATEGORIKAN PENULIS PELBAGAI KAUM BAGAIMANA LAGI??

Memiliki minda dan batang fikir yang sejati adalah manusia yang mampu memberi satu keputusan yang baik. Saya masih menganggap Pelbagai Kaum yang terbaik dari mahu mengubah bentuknya lebih kepada global. Apa yang anda mahukan? Apa yang anda inginkan menjadikan Penulis Pelbagai kaum lebih efektif dan tidak nampak berkelompok. Apakah setiap yang dianjurkan selama ini tidak berkelompok? Apakah penglibatan semua lapisan penulis selama ini tidak berkelompok mahupun berkelompok? Apakah adanya penulis pelbagai kaum yang setiap tahun dianjurkan tidak cukup baik?

Apakah dengan melenyapkan jenama Pelbagai Kaum itu akan melenyapkan sempadan penyatuan masyarakat penulis pelbagai kaum di bumi tercinta ini?Alangkah eloknya jenama Festival mahupun Kolokium Pelbagai Kaum terus segar sampai bila-bila. Malah festival sebegini telah menjemput semua kaum. Malah majoriti penulis terlibat. Yang baiknya, karya penulis pelbagai kaum dibincangkan. Penulis pelbagai kaum diberi peluang membentang dan menyertai aktiviti.

Apa yang tidak eloknya jenama Pelbagai Kaum? Tanpa jenama berkenaan, maka pelbagai kaum akan lenyap. Penglibatan pelbagai kaum akan semaksimanya hadir? Mungkin dihadkan pelbagai kaum Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak? Pelbagai kaum yang dianjurkan selama ini cukup baik untuk menyatukan rakyat penulis serta aktivis penulis di seluruh Malaysia. Dapat digambarkan perhimpunan penulis pelbagai kaum kian merancakkan dunia sastera dan penulisan telah tumbuh mendadak walaupun hasil kepenulisan masih kurang. Bagaimana kita mahukan hasilkan penulis etnik jika kita mula mempertikaikan pelbagai kaum itu pembantut penyatuan?

Kita sedar, contohnya, kerana politik terlalu global menyebabkan bahasa yang kita cintai diruntuhkan. Dalam suasana penulis pelbagai kaum kian ramai mempertahankan bahasa Melayu, kita pula mempertikaikan jenama pelbagai kaum. Ada baiknya perkara ini dikekalkan. Memang ramai pihak luar yang terus mempertikaikan perkara ini. Baik yang menangguk di air keruh, mereka terus membesarkan perkara ini. Ada yang mengambil kesempatan membuat komen yang tidak berasas. Namun, saya mengakui emang semuanya akan berubah kerana yang merubahnya adalah pihak yang bertanggungjawab.

4 comments:

Penabahari said...

Sdr Jaya,
Saya simpati pada sdr. Kata pepatah
"Kalau nak tarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung jangan tumpah."
Semoga semuanya akan kembali seperti sediakala. Sdr bertindak bijak mengakui keterlanjuran sdr.
Sdr juga benar apabila menyampaikan apa yg terbuku dan tidak memendamnya ke dalam hati.

ZachManan said...

cuma kena berhemah apabila mengeluar isi hati. itu tandanya penulis yang berilmu. jangan apabila karya tidak diterbitkan, terus melatah. ada banyak cara lain. DBPS bukan segala-galanya.

Kambing Gaok said...

salam sejahtera.. Tahniah kerana saudara telah meluahkan apa yang terbuku di hati. Tapi ingatlah saudara sebelum mengeluarkan kenyataan. selidik dahulu apa yang menyebabkan karya saudara tidak diterbitkan oleh dbpcs. Dari pengalaman saya, apa yang saya tahu proses penerbitan buku dari dbpcs perlu juga mendapat kelulusan dari dbpkl melalui beberapa proses. Mungkin juga buku saudara tidak "lulus" dalam proses dari pihak dbpkl dan bukannya dbpcs. Sebab setiap buku yang dihantar ke dbpcs mestilah melalui proses kelulusan juga dari pihak ibu pejabat kerana ia adalah terbitan umum untuk dijual ke seluruh malaysia. dan bukannya tanggungjawab dbpcs sahaja. Ada buku yang tidak lulus pada peringkat penilaian 2 atau peringkat 3 dan seterusnya. Inilah salah satu juga penerbitan buku mungkin menjadi lambat utk diterbitkan."biasalah dbp katakan".

Buku saudara yang diluluskan oleh pihak dbpkl mungkin juga mendapat pandangan dan maklumat dari editor dbpcs juga yang mungkin merasa buku saudara patut juga diterbitkan. Saya rasa tak mungkin editor dbpcs pilih bulu kerana kalau ikut potensi dan nama saudara dalam penulisan juga boleh dikatakan "besar" dan mempunyai rekod yang baik dgn dbpcs.

bak kata peapatah "tak kenal maka tak cinta". Saya nasihatkan penulis2 dapatkan nasihat dari editor bagaimana sebenarnya proses penerbitan buku yang melalui beberapa peringkat. Takut nanti kalau tidak tidak diterbitkan akan terjadi tuduh menuduh pihak tertentu yang dikatakan bertanggungjawab.

Semoga luahan saudara juga akan memberi kesedaran kepada pihak DBP untuk lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu karya dan membuat penjelasan terlebih dahulu tentang proses perjalanan penerbitan kepada penulis yang menghantar bukunya untuk diterbitkan. ini adalah untuk mengelakkan salah faham antara editor dgn penulis. Harap2 DBP menjelaskan juga kenapa proses penerbitan mengambil masa yang "terlalu lama" untuk diterbitkan.

Salam Sastera.

Hasyuda Abadi said...

Saya tidak begitu gemar penulis Malaysia punya kategori seperti penulis pelbagai kaum. Saya faham bahawa ini merupakan cara termolek menarik minat warga bukan Melayu menyertai dunia sastera khususnya dalam penghasilan karya sastera berBahsaa Melayu. Peliknya 'pelbagai kuam' itu hanya melibatkan kaum2 seperti Cina, India, Iban, Kadazan sebagai kaum terbesar bukan Melayu padahal ia harus diperincikan lagi. Saya berasal dari kaum Murut, tapi tidak tergolong dalam kategori itu kerana saya orang Islam, nama pun nama Melayu. Orang seperti saya ramai di Sabah. Saya lebih gemar jika semua penulis punya satu jenama. Kita penulis Malaysia, bukan penulis pelbagai kaum. Tampak unsur2 perkauman. Sekadar pandangan.