TERIMA KASIH SAHABAT

Lewat Jendela Sastera ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang selama ini mendorong saya ketika lesu berkarya. Kaulah sahabat terbaik kerana memimpin da menjadikan aku berada di puncak.

Tanpamu aku tidak mungkin terus berkarya begini. Tanpamu aku tidak mengukin menghantar karya yang cuba ku selimutkan di bawah kelambu kesunyian. Tanpamu, mungkin aku tidak sehebat begini.

Barangkali, kau selalu menegur. Kau tidak serik juga menghantar mesej dan menghubung aku. Kau juga sahabat yang terbaik dari sahabat-sahabat lain. Kau tidak membiarkan aku kesunyian. Kau tidak mahu aku ketinggalan jauh dari arus pembangunan sastera kita.

Aku tahu, konsep 1Msia tidak terasa dalam arus sastera kita. Kita masih juga bangsa kita. Sedangkan penulis itu menjadi bangsa dia. Ketika aku ketinggalan, kau mengajak aku. Terima kasih sahabat. Hanya Tuhan yang tahu.

3 comments:

uchutedung said...

Teruskan usaha anda dalam memperkembangkan bahasa dan sastera tanpa rasa jemu dan bosan.

ct said...

teruskan penulisan sehingga ketitisan terakhir mu.Kerana aku tahu minat Jaya.Sungguh aku bukan teman yang baik budi kepada Jaya.Tidak mengapalah, aku cuma dipinggiran...

Unknown said...

Teruskan lagi usaha,dan kalau boleh bangkit kan lagi semangat penulis penulis yang ada di bumi kita supaya cerita cerita yang selama ini yang terselindung akan t'bongkar..bangkit kn kisah yang nyata,kalau bukan seorang yang bernama penulis yg patut membongkarkn semua cerita itu,siapa lagi? Terus kn jay!